Wednesday, March 31, 2010

Love Quote of the Day

Posted by hizma at 1:57 AM 0 comments
Some say the glass is half empty, some say the glass is half full, I say, are you going to drink that?

Tuesday, March 30, 2010

8 aktiviti yang menjadi punca utama penyakit jantung...........

Posted by hizma at 11:30 PM 0 comments
8 aktiviti biasa yang dikatakan menjadi punca utama penyakit jantung. Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang saya maksudkan;


1. Anda kekurangan vitamin B6 dan B12, anti-oksidan dan asik folik yang menyebabkan paras homosistein yang tinggi dalam darah.

2. Melakukan kerja-kerja berat yang berterusan.

3. Waktu tidur yang tak mencukupi. Biasanya waktu tidur yang cukup adalah 5 ke 8 jam mengikut peringkat umur anda.

4. Selalu mandi di tengah malam. Elakkan mandi selepas jam 10 malam.

5. Melakukan hubungan seks di dalam air atau ketika cuaca (udara) yang terlalu sejuk.

6. Selalu berada di dalam keadaan kemurungan terutamanya untuk wanita.

7. Bagi lelaki pula, elakkan daripada emosi marah menguasai diri anda. Mengikut kajian University College London, mereka yang panas baran dan mudah meradang lebih mudah diserang penyakit jantung koronari.

8. Anda yang merokok secara berterusan.
Hehhehe… pada anda yang merokok tu, jangan marah kalau saya sarankan agar berhenti merokok secepat yang boleh. Sayangilah jantung anda.

Mengelak Santau........

Posted by hizma at 10:49 PM 0 comments
Untuk mengelakkan santau melalui makanan, pastikan sebelum menjamah makanan ,rasa lelangit kita dengan lidah. Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa rasa geli, jangan makan makanan/minuman atau pun tutup kedua-dua belah telinga kalau tak dengar bunyi berdengung, berhati-hatilah dgn keadaan sekeliling. Untuk mengelakkan santau melaui angin, jangan amalkan tidur bertentangan dengan pintu.

PETUA-PETUA..........

Posted by hizma at 10:47 PM 0 comments
1)Menyegarkan Mata Gatal dan Letih


Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.


2)Menyegarkan Mata

Ambil timun yg telah dihiris Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata utk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.



3)Menaikkan Seri Muka

Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit.


4)Merawat Panau

Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau.


5)Mengelak Rambut Gugur

Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semula jadi.

Petua-petua tradisional

Posted by hizma at 10:45 PM 0 comments
Mengatasi Senggugut


Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita. Namun terdapat cara yang senang untuk mengatasi senggugut:

1.Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam. Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun. Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik . Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut. Ini adalah pengalaman saya.

2.Setelah saya berada di kampus amat susah bagi saya nak amalkan petua tersebut, tapi saya amalkan minum air suam. Kesannya tanpa sedari dah lama saya tak dapat senggugut.

3.Melakukan senaman seperti lompat bintang, pasak bumi, dan hula-hoop sebanyak mana yg mampu. Ini diyakini dapat meregangkan sel-sel malas dan menguatkan kepala lutut.
Posted by hizma at 10:37 PM 0 comments

minggu yang memenatkan...........

Posted by hizma at 10:25 PM 0 comments
minggu ni adalah mggu yg memenatkan....
semua assgment msti submit this week... cm tkena april fool pn ade jgk...
ah......... pening2............aku xsbar rsenye nk tggu smpai ari jumaat... nk blik kg, leh release tension!!!!
 

HANYAAKU Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare