Monday, February 22, 2010

VALENTINE DAY’S??

Posted by hizma at 9:21 PM 0 comments
Bila disebut Hari Kekasih grenti semua orang tahu. Ianya disambut pada setiap 14hb 2.Sebenarnya hari kekasih ini adalah sambutan budaya barat. Kita sebagai orang islam adalah tidak boleh menyambutnya. Akan tetapi ramai juga remaja zaman sekarang menyambutnya. Seperti yang kite dapat lihat sekarang ada sesetengah dikalangan remaja yang terlibat menyalah ertikan tentang cinta sehingga sanggup berkorban apa sahaja demi cinta mereka. Baru-baru ini saya baru terdengar n terlihat di tv berita tentang remaja yang di cekup ketika di malam hari kekasih tersebut. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan perkara negative berlaku. Semakin hari semakin banyak anak-anak muda kita rosak.
Oleh itu, kita sebagai generasi akan datang tidak sepatutnya terlibat dengn aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral ini, banyak lagi perkara yang bermanfat yang boleh kita lakukan. Hindarilah diri daripada semua ini kerana kita sendiri yang menentukan hidup ini.

Thursday, February 18, 2010

Kata hikmat adab:

Posted by hizma at 11:31 PM 0 comments
1)Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

2)Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya. ( Aristotle )

3)Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum.( Aristotle ).

4)Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertahtakan ratna dan mutu manikam.( Budiman ).

5)Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras. ( (Hamka).

6)Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya. ( Hamka ).

7)Pergaulan mempengaruhi didikan otak.Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan oarang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya. (Hamka).

8)Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati. ( Imam Al-Ghazali).

9)Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja.Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir.Dengan jalan menambah kecerdasan akal,bertambah murnilah kemerdekaan berfikir. ( Hamka).

10)Di dalam medan hidup,ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan.Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh,dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi. ( Hamka).

11)Kata Hukama," Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya.Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan. ( Hamka ).

12)Mengikut adab kesopanan,tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui,bukanlah orang yang patut dihormati.( Hamka)

13)Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain,walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu. (Hamka).

14)Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya. ( Maksud hadis ).
 

HANYAAKU Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare