Tuesday, March 30, 2010

Mengelak Santau........

Posted by hizma at 10:49 PM 0 comments
Untuk mengelakkan santau melalui makanan, pastikan sebelum menjamah makanan ,rasa lelangit kita dengan lidah. Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa rasa geli, jangan makan makanan/minuman atau pun tutup kedua-dua belah telinga kalau tak dengar bunyi berdengung, berhati-hatilah dgn keadaan sekeliling. Untuk mengelakkan santau melaui angin, jangan amalkan tidur bertentangan dengan pintu.

PETUA-PETUA..........

Posted by hizma at 10:47 PM 0 comments
1)Menyegarkan Mata Gatal dan Letih


Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.


2)Menyegarkan Mata

Ambil timun yg telah dihiris Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata utk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.



3)Menaikkan Seri Muka

Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit.


4)Merawat Panau

Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau.


5)Mengelak Rambut Gugur

Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semula jadi.

Petua-petua tradisional

Posted by hizma at 10:45 PM 0 comments
Mengatasi Senggugut


Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita. Namun terdapat cara yang senang untuk mengatasi senggugut:

1.Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam. Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun. Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik . Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut. Ini adalah pengalaman saya.

2.Setelah saya berada di kampus amat susah bagi saya nak amalkan petua tersebut, tapi saya amalkan minum air suam. Kesannya tanpa sedari dah lama saya tak dapat senggugut.

3.Melakukan senaman seperti lompat bintang, pasak bumi, dan hula-hoop sebanyak mana yg mampu. Ini diyakini dapat meregangkan sel-sel malas dan menguatkan kepala lutut.
Posted by hizma at 10:37 PM 0 comments

minggu yang memenatkan...........

Posted by hizma at 10:25 PM 0 comments
minggu ni adalah mggu yg memenatkan....
semua assgment msti submit this week... cm tkena april fool pn ade jgk...
ah......... pening2............aku xsbar rsenye nk tggu smpai ari jumaat... nk blik kg, leh release tension!!!!

menyesal...............

Posted by hizma at 10:21 PM 0 comments
Semula ku tak yakin
Kau lakukan ini padaku

Meski dihati merasa

Kau berubah saat kau mengenal dia

Bila cinta tak lagi untukku

Bila hati tak lagi padaku

Mengapa harus dia yang merebut dirimu


Bila aku tak baik untukmu

Dan bila dia bahagia dirimu

Aku kan pergi meski hati tak akan rela

Terkadang ku menyesal

Mengapa ku kenalkan dia padamu

Terkadang ku menyesal

Mengapa ku kenalkan dia padamu

Dah Penat Ke...Dah Tau????

Posted by hizma at 10:14 PM 0 comments
Cuaca petang itu begitu panas dan matahari masih bersinar terik. Dua orang pemuda melangkah laju masuk ke dalam perpustakaan sambil mengepit buku. "Ahhh!! Baru le sejuk skit." kata seorang pemuda sambil mengibas-gibaskan bajunya.Mereka berdua terus melangkah menaiki tangga. Ternyata di tingkat teratas perpustakaan itu tidak ramai yang duduk di situ. Mereka berdua memilih sudut yang agak terlindung untuk belajar. Masa terus berlalu. Beberapa jam kemudian....

"Ahhh! Aku dah penat aaa. Aku balik dulu le ye." kata seorang pemuda itu sambil mengemaskan buku-bukunya. Majalah "Popular Science" dan"National Geographic" yang bersepah di atas meja di susun rapi.

"Alah! engko ni. Awal lagi ni. Baru pukul tujuh."

"Aku ada temujanji malam ni." kata pemuda itu sambil tersengih sengih

"Wah! padanlah." Sahut kawannya.

"Engko taknak balik lagi ke?" tanyanya.

"Aku nak ulangkaji sikit lagi. Takpe lah, engko balik le dulu." kata rakannya sambil tersenyum-senyum.

Selesai mengemaskan bukunya pemuda itu melangkah turun meninggalkan rakannya yang masih tekun mengadap buku.Pemuda pertama itu meneruskan bacaannya mengenai sejarah orang-orang Mongol. Sekali-sekala dia mengangkat kepalanya melihatkan sekeliling. Suasana perpustakaan itu sudahpun agak lengang kerana sudah ramai pelajar yang balik, malah tiada seorangpun yang tinggal di bahagian tingkat atas perpustakaan itu. Suasana yang sunyi itu lebih disukainya kerana lebih mudah baginya untuk mengulangkaji.
Tiba-tiba dia terbau satu haruman yang lembut. Dia terperanjat kerana apabila mengangkatkan kepalanya ada seorang gadis yang jelita yang berambut panjang duduk berhadapan dengannya, tekun membaca. Hatinya berdebar-debar seketika melihatkan kejelitaan gadis itu. Gadis itu tersipu-sipu apabila menyedari dirinya direnung sebegitu.

"Hai! Buat apa tu?" tegurnya.

Gadis itu membalas senyumannya dengan senyuman manis.

"Boleh saya tumpang duduk kat sini? Kat sana sunyi, takde orang,

jadi saya datang le duduk dekat awak." jawabnya dengan lembut.

Dia berasa gembira. "Ada peluang nampaknya kali ini." katanya dalam hati. Dia cuba mengajak gadis itu berbual-bual, ternyata gadis itu tidak menolak.Mereka berdua mula bersembang panjang

"Boleh saya pinjam pen awak sekejap?" tanya gadis itu.

"Boleh, boleh.." dia menjawab sambil menghulurkan pennya kepada gadis itu.

"Terima kasih. Saya pulangkan pen awak ni." suara lembut gadis itu

menerpa cuping telinganya.

Dia menghulurkan tangannya untuk menyambut pen yang di hulurkan oleh gadis itu. Tiba-tiba muka gadis itu berubah menjadi merah lalu tertunduk tersipu-sipu kemalu-maluan, apabila dia cuba mencapai tangan gadis itu. Tetapi ternyata gadis itu lebih tangkas merentap balik tangannya itu. Dia agak hampa kerana gagal menggengam tangan gadis itu lalu mengetuk meja dengan pen tetapi pennya itu terjatuh pula ke bawah meja. Dia menyelinap ke bawah meja untuk mengambil pen itu, tetapi diangkatnya kepala terlalu cepat sehinggakan berdentum kepalanya terhantuk ke bawah meja itu.Dia menyumpah-yumpah apabila mendengarkan gadis itu tertawa perlahan-lahan.

Dia sedang menggosok-gosokkan kepalanya apabila dengan tiba-tiba bulu romanya tegak berdiri apabila dia melihat dengan ekor matanya kerusi di hadapannya itu. Darahnya berderau dan dia bangun menegak kembali sambil terus menggosokkan-gosokkan kepalanya sambil melihat ke arah gadis itu yang duduk tersenyum di hadapannya sambil menutup mulut dengan tangan. Dia mula mengemas-gemaskan bukunya dengan cepat.
Untuk menguatkan semangatnya dia berkata "Ahhh...dah penat le. Balik dulu ye." Gadis itu hanya tersenyum mendengarkan perkataannya lantas menjawab "Dah penat ke, dah tahu..."

Mendengarkan kata-kata gadis itu, dia tidak bertangguh lagi lalu terus lari lintang-pukang menerpa ke tangga. Pandangannya melihatkan sepasang kaki yang tinggal rangka di hadapannya di bawah meja, sedangkan rupa seorang gadis cantik di sebelah atas yangbercakap-cakap dengannya cukup menyeramkannya.

Sepanjang jalan itu, suara gadis itu berulang-ulang kedengaran

bertanyakan "Dah penat ke, dah tahu? "Dah penat ke, dah tahu?" disertai deraian ketawa mengekek. Tanpa bertangguh lagi dia memecut lebih laju, berlari balik, putih tapak kaki, tanpa menoleh kebelakang lagi...............
 

HANYAAKU Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare