Friday, March 26, 2010

NOBODY....

Posted by hizma at 8:35 PM 0 comments
You Know I still Love You Baby
And it will never change (Saranghae)
I want nobody nobody But You, I want nobody nobody But You
How can I be with another, I don’t want any other
I want nobody nobody nobody nobody
Why are you trying to, to make me leave ya
I know what you’re thinking
Baby why aren’t you listening
How can I just
Just love someone else and
Forget you completely
When I know you still love me
Telling me you’re not good enough
My life with you is just too tough
You know it’s not right so
Just stop and come back boy
How can this be
When we were meant to be
I want nobody nobody But You, I want nobody nobody But You
How can I be with another, I don’t want any other
I want nobody nobody nobody nobody
I want nobody nobody But You, I want nobody nobody But You
How can I be with another, I don’t want any otherI want nobody nobody nobody nobody
Why can’t we just, just be like this
Cause it’s you that I need and nothing else until the end
Who else can ever make me feel the way I
I feel when I’m with you, no one will ever do
Telling me you’re not good enough
My life with you is just too tough
You know me enough so
You know what I need boy
Right next to you is where I need to be.
I want nobody nobody But You, I want nobody nobody But You
How can I be with another, I don’t want any other
I want nobody nobody nobody nobody
I want nobody nobody But You, I want nobody nobody But YouHow can I be with another,
I don’t want any other
I want nobody nobody nobody nobody
I don’t want no body, body
I don’t want no body, body
Honey you know it’s you that I want, it’s you that I need
Why can’t you see~
I want nobody nobody But You, I want nobody nobody But You
How can I be with another, I don’t want any other
I want nobody nobody nobody nobody (2x)
Back to the days when we were so young and wild and free
Nothing else matters other than you and me
So tell me why can’t it be
Please let me live my life my way
Why do you push me away
I don’t want nobody nobody nobody nobody but you

SATU TEKAD....

Posted by hizma at 8:29 PM 0 comments
Berikan ku sebaris kata
Untuk ku susuri jalan gelita
Mentera keramat kata pujangga
Azimat yang bermakna
Di depan simpang bercabang tiga
Tak tahu mana satu arahnya
Kanan kiri manusia berdusta
Mungkir pada yang Esa
Mungkin ku bukan watak utama
Dalam pentas lakonan dunia
Bimbang juga ku turut sama
Pastinya aku yang binasa
Berikan aku pedoman
Arah mana jalan kehidupan
Untukku teruskan pengembaraan
Tak rebah dan tak tersalah langkah
Tunjukkan aku kawan
Simpang mana arah kejayaan
Timur, utara juga selatan
Atau arah matahari terbenam
"Bersama menyusuri jalan
Para rasul nabi junjungan
Menuju ke puncak gemilang terbilang
Iman di dada mengiring langkah"

Atasi STRESS terutama pada musim FINAL EXAM

Posted by hizma at 6:15 AM 0 comments
Stress adalah hakikat hidup yang tidak dapat dielakkan.Ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu tekanan positif dan tekanan negatif.

Apa itu Stress?

Stress atau tekanan boleh menjadikan kehidupan seseorang itu tidak sihat. Ada kalanya boleh membuatkan seseorang itu GILA atau sakit mental. Mungkin anda baru dimarahi penyelia, mungkin kerja tidak menjadi, atau mungkin juga hubungan cinta dan keluarga anda sedang dilanda badai. Seharian memikirkannya hingga menjadikan hidup anda huru hara. Namun jalan penyelesaian tidak juga nampak tandanya. Siapa tak stress kalau dalam situasi begini? Bagi anda yang sedang mengalami stress yang melampau, tidak kiralah kerana kerja, cinta, keluarga atau orang sekeliling.


16 Tips tangani Stress:

1. Bertenang

2. Beribadat

3. Bercakap Dengan Seseorang

4. Berurut

5.Uruskan Masa Dengan Efektif

Urusan atau rutin harian memerlukan jadual atau rancangan. Pastikan mempunyai masa untuk diri sendiri dan masa untuk melakukan aktiviti yang dapat mengurangkan tekanan. Lakukan aktiviti yang paling penting terlebih dahulu.

6. Elakkan Mengambil Dadah atau Alkohol

Dadah atau alkohol hanya sekadar menghilangkan simptom tekanan dan apabila berhenti mengambilnya, stress pasti akan kembali.

7. Rehat Seketika

Ketika melakukan sesuatu kerja pastikan anda berhenti rehat seketika untuk meminimakan tekanan. Lakukan regangan, berjalan atau buat panggilan kepada rakan. Apabila kembali untuk menyambung kerja, pastikan anda dapat lakukan kerja itu dengan lebih efektif.

8. Kurangkan Gangguan

Ketika melakukan kerja yang penting, pastikan anda tidak diganggu. Contohnya matikan bunyi telefon, tutup pintu bilik atau pergi ke suatu tempat yang orang lain tidak dapat mencari anda.

9. Makan Makanan yang menyihatkan

Elakkan mengambil makanan yang tinggi lemak, gula dan sodium. Sekiranya bercadang untuk keluar sepanjang hari, pastikan anda mengambil dan makan makanan yang menyihatkan. Jika tidak, ia akan menyebabkan tahap tenaga menjadi rendah.

10. Lakukan Meditasi

Ia senaman yang bagus dan menyihatkan. Ini termasuklah bernafas dengan dalam-dalam yang dapat meningkatkan kerehatan pada otot-otot tubuh. Dan jangan lupa mengimaginasikan suasana yang menenangkan fikiran.

11. Berfikiran Positif dan Belajar Kawal Ketakutan

Elak dari menumpukan kepada perkara atau fikiran negatif. Sebaliknya fokus dan katakan kepada sesuatu yang positif mengenai diri setiap hari. Jangan buang masa dengan rasa bimbang mengenai sesuatu perkara yang tidak dapat ditukar atau dicapai.

12. Dapatkan Nasihat

Minta pertolongan, nasihat dan pandangan tidak bermakna anda lemah. Terdapat banyak sumber yang dapat membantu anda menyelesaikan stress. Jadi ambil peluang untuk menemui atau mendengar nasihat oleh pakar motivasi atau kaunselor.

13. Belajar Katakan ‘TIDAK’

Jangan sesekali rasa bersalah untuk mengatakan tidak. Melakukan dan menambah projek atau kerja lain ketika sibuk akan menyebabkan anda bertambah tertekan. Berbincanglah dengan penyelia anda jika menghadapi masalah berkaitan kerja.

14. Dapatkan Tidur yang Cukup

Tidurlah sekurang-kurangnya 6 – 8 jam sehari. Tetapi seseorang akan mengalami masalah tidur apabila mereka terlalu stress memikir dan menyiapkan kerja yang bertimbun.

15. Lakukan Senaman

Aktiviti fizikal adalah cara terbaik untuk menangani tekanan. Ia akan merembeskan endorphin dan memberikan kesegaran secara semulajadi.

16. Menarik Nafas Dalam-dalam

Teknik pengurusan tekanan paling mudah dan boleh dilakukan di mana-mana. Bernafas dengan cepat akan meningkatkan tindak balas tekanan. Bernafaslah dalam-dalam dan perlahan.

ERTI PERSAHABATAN

Posted by hizma at 6:00 AM 0 comments
Erti persahabatan tak pernah lupus,meskipun nilai-nilainya pudar dibawa arus masa.. Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.

Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita ... Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.... kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya???

Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaianmasalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang dirikita hingga kadang- kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?

Bolehkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaankawan, kerana dia juga seorang manusia;dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya,mungkin tersimpan seribu kekalutan,kita tidak tahu....... tetapi jika kita cuba jadisahabat seperti dia,mungkin kita akan tahu. Renungilah......

Thursday, March 25, 2010

sepetang di lapangan

Posted by hizma at 5:19 PM 0 comments

Monday, February 22, 2010

VALENTINE DAY’S??

Posted by hizma at 9:21 PM 0 comments
Bila disebut Hari Kekasih grenti semua orang tahu. Ianya disambut pada setiap 14hb 2.Sebenarnya hari kekasih ini adalah sambutan budaya barat. Kita sebagai orang islam adalah tidak boleh menyambutnya. Akan tetapi ramai juga remaja zaman sekarang menyambutnya. Seperti yang kite dapat lihat sekarang ada sesetengah dikalangan remaja yang terlibat menyalah ertikan tentang cinta sehingga sanggup berkorban apa sahaja demi cinta mereka. Baru-baru ini saya baru terdengar n terlihat di tv berita tentang remaja yang di cekup ketika di malam hari kekasih tersebut. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan perkara negative berlaku. Semakin hari semakin banyak anak-anak muda kita rosak.
Oleh itu, kita sebagai generasi akan datang tidak sepatutnya terlibat dengn aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral ini, banyak lagi perkara yang bermanfat yang boleh kita lakukan. Hindarilah diri daripada semua ini kerana kita sendiri yang menentukan hidup ini.

Thursday, February 18, 2010

Kata hikmat adab:

Posted by hizma at 11:31 PM 0 comments
1)Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

2)Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya. ( Aristotle )

3)Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum.( Aristotle ).

4)Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertahtakan ratna dan mutu manikam.( Budiman ).

5)Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras. ( (Hamka).

6)Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya. ( Hamka ).

7)Pergaulan mempengaruhi didikan otak.Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan oarang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya. (Hamka).

8)Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati. ( Imam Al-Ghazali).

9)Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja.Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir.Dengan jalan menambah kecerdasan akal,bertambah murnilah kemerdekaan berfikir. ( Hamka).

10)Di dalam medan hidup,ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan.Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh,dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi. ( Hamka).

11)Kata Hukama," Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya.Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan. ( Hamka ).

12)Mengikut adab kesopanan,tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui,bukanlah orang yang patut dihormati.( Hamka)

13)Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain,walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu. (Hamka).

14)Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya. ( Maksud hadis ).
 

HANYAAKU Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare